Monday, July 2, 2012

Apartment Tour..

assalamualaikum..

kali ni saya nak bercerita tentang home sweet home kami...apartment comel tempat kami berteduh satu famili...
apartment di sini agak berbeza dengan apartment apartment yg ada di Msia tau..

view apartment jiran dari tingkap umah kami


 



1) Security, setiap building ada kunci so tak semua org boleh masuk. so tetamu yg datang akan tekan loceng dulu, baru tuan umah bukak dari dalam hehehe...
macam building kami ni, kunci main building hanya owner building ni aje yg leh duplicate, so kalau nak duplicate kena mintak owner yg buatkan *ngeh ngeh ngeh...


pintu umah, ada loceng dan boleh intai siapa kat luar *bab intai ni saya tak leh nak apply sbb tinggi sangat kena pakai kerusi lak hihihihihihi


interkom dlm umah, kalau ada org picit loceng kat bawah, boleh tanya siapa dulu hehe...



2) jarang ada Lif sbb biasanye tak tinggi, dlm 3 ke 5 tingkat je..kami mmg carik max tingkat 1 je since urusan belian barang harian dilakukan oleh saya sendirian berhad bertemankan gilpren utama lea..huhuhu


3) Bilik limited - umah kami ada 1 bilik tido aje, silalah percaya..dan of course la bilik air cuma 1 hahaha..
mmm biasanye bilik tido di sini tak banyak, biasa jumpa pon 2 bilik tidur je..jadi tetamu di umah kami mmg tanpa ragu2 kena tido di living room...huhuhu
dapur dan ruang tamu pon macam bilik tau sbb semuanya ada pintu hihihi...


4) setiap apartment ada peraturan yg berbeza. contohnya kalau yg ada balkoni, takleh letak barang lebih tinggi dr dinding balkoni (sampai nampak dek mata orang)..ada yg takleh bising ari ahad dan lain2..macam umah kami, DILARANG KERAS menyidai/hanger baju di tingkap umah (sbb takde balkoni) kerana memburukkan pandangan (umah tepi jalan besar) huhuhuhu....
dan air takleh sewenang2 nya buang tepi umah, sbb kalau orang lalu dan jatuh, kita boleh kena saman..so takkan ada senario deutscher basuh kete tepi umah hehehe....

5) Saiz umah ikut bilangan orang - di german ni minumum 12sq untuk sorang. cm kami ada 2 anak, kene carik umah yg besar, walaupon saiz kami kecik huhuhu..kadang2 ada owner letak syarat, ada anak kena 2 bilik tidur. tapi alhamdulillah owner kami tak cerewet, lgpon saiz umah ni besar cuma bilik tidur je 1 huhu..tp biasanya kami kami ni kalau boleh nak carik umah yg kecik je sbb lagi besar saiz umah, lagi mahel bayaran bulanan...hahahahha :P

6) Keller - stor bawah tanah. jeng jeng jeng...


setiap rumah dapat satu slot stor. suke ati nak bubuh ape...muhahaha...


di samping  tu ada ruangan unt letak basikal dan stroller. nak buang sampah pon kami kena lalu keller..huhuhu


umah sewa lama kami yg fully furnished tu, stor takde partition camni, sbb satu building hanya ada 3 rumah. di keller tu lah, tuan umah letak mesin basuh, mesin pengering so nak basuh baju kena turun keller *seraaaammmmm

7) Tugasan sampingan - ni berbeza ikut apartment. contohnya giliran basuh tangga, angkut tong sampah ke tepi jalan or sodok salji time winter.

8) Camana masuk camtu la keluar - maksudnya, camana keadaan umah tu masa 1st time kita melangkah masuk, camtu la keadaanya masa last day kita melangkah keluar. cthnya kalau masa kita datang cat putih dan cantik, so rajin2 kan la diri mengecat balik before kuar. kalau kita pakai wallpaper, silalah rajinkan diri mengoyak balik..kalau tak, susah nak dapat deposit balik huhu..(rasanya di Msia tak implement benda ni sbb saya pon as owner dah beberapa kali mengecat semula umah sewa saya before tenant masuk huhu)

9) Toilet - kompom toilet kering di sini..hehe..sesetengah umah ada bath tub, sesetengahnya ada tempat mandi je cam umah kami ni. 




kenangan umah kosong kami masa awal2 dulu...:)

ruang tamu dan bilik tidur




kami nasib baik dapat umah yg dah ada lantai dan lampu, jugak cat dinding yg baru. sesetengah rumah, semua ni kena buat sendiri tau...huhuhu

dapur



apa yg saya tulis ni based on experience dan cerita kawan2 saya di sini. mungkin berbeza ikut apartment dan ikut bandar jugak. macam stail msian di duisburg ni, datang2 je dr msia terus masuk umah fully furnished dulu (yg dah siap2 tempah kat msia before dtg lagi)
selepas beberapa bulan barulah carik umah kosong yg sewa bulanan lebih murah (of course hehe)..

 so dengan cara ini, takde konsep tumpang2 umah senior. mungkin di UK possible sbb ramai msian tp di germany ni, leh kira berapa kerat je hehe...
dan memudahkan kami jugak, familiar dulu dengan persekitaran tanpa penin2 pikir pasal mana nak beli tilam, dapur dll..selow selow kemudian baru start survey dan beli ikut kemampuan duit..

honestly saya rasa quite tough jugak masa awal2 kami di sni, dengan tak pandai deutsch (sampai skarang pon bukan pandai pon hahaha) kena carik kedai ini dan itu..dan angkut barang besar2 naik public transport (bas, tram dan tren sahaja, teksi mahal huhu) ke hulu ke hilir dengan anak kecik dan stroller bagai..sampaikan stroller pon dah bertukar tugas, bukan angkat baby tapi angkat barang hahaha...:P


dan pengalaman berpindah bulan pose tanpa pertolongan sapa2 mmg agak perit. dan lagi perit sbb rushing nak completekan umah dengan perabot since raya nak kena buat open house...hahaha
dan di sini upah manpower (tukang pasang2) mmg mahal. so kami mmg pasang sendiri kecuali kabinet dapur, itupon sbb dia bersangkut paut dengan barangan letrik iaitu oven, peti ais dan dapur..kalau buat sendiri mau tak brasap dapurku..hehehhe

apapon pengalaman2 rasanya banyak yg sama dengan kengkawan di sini, dan sangat berharga kerana mengajar kita unt berdikari, tak boleh nak bergantung pada kawan2 or sesiapa pon..susah senang tanggung sendiri kan..lumrah hidup di rantau orang :)

24 comments:

  1. asal rumah kat sana tak de balkoni atau tempat letak aircond mcm kat mesia eh? diorg tak suka lepak2 rileks kat balkoni eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak balkon bayar lebih la bang

      Delete
    2. kak anie: ada sesetengah yg ada. tgk nasib la. kami aritu ni je yg available so terpaksa la rembat huhu

      Delete
    3. akalbaikbudi: tak semestinya ada balkoni lebih mahal. tgk pada keluasan keseluruhan rumah jugak :)

      Delete
  2. sedihkan...time camni mesti teringat di M'sia...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata sedih tu tak jugak. tp mmg kena berdikari la sbb kalau kat msia, kita pindah ramai orang tolong kan :)

      Delete
  3. Untung ada pengalaman hidup di negara orang.Dah follow tau!

    ReplyDelete
  4. Best pengalaman di tempat orang.Huhu

    ReplyDelete
  5. Asslm Hajar...semlmdah masuk cni tak boleh pulak nk send comment guna iphone...

    bagus entry nih... sesape nk further study/keje kat german leh dpt info pasal rumah sewa kt german kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...ye ke siannye..mmm time kasih, saje suka2 share benda yg takde kat msia..hihihihh

      Delete
  6. mcm dlm drama omputih ngeee
    sama la kat sini almost umah semua bilik 1..
    sini lagik la island so tanah terhad for sure mahai la
    kecik giler umah weols...
    umah uols bilik 1 jer tapi tgk keluasan umah tue not bad gak
    kat mesia kena buat rule x blh sidai baju kat tingkap or balkoni baru la elok sket view org tgk ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa kan kat jepun lagi la sekangkang kera..hihihihi...betul2 patutnya kena ada rules tp tak tau la leh implement tak kat msia hihihi...

      Delete
  7. waa apartment nyer best siap ader stor kat bawah...kat malaysia takder..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bab bawah tanah tu yg syiok..sejuk jeee hihihi

      Delete
  8. suka sangat baca catatan Sitiezahim ni. NAnti cerita lagi banyak pengalaman kat sana, sy rasa memang tak akan sampai ke sanalah tapi bila baca catatan ni rasa macam dah sampai.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sari panggil saya hajar je..hihihi...insyaAllah kalau ada benda2 yg menarik nanti saya kongsikan okeh :)

      Delete
  9. Is suka baca pengalaman2 camni (^___^) tambah info (^___^) bes3

    ReplyDelete
  10. Salam Hajar

    Mcm rmh kak Nana jgk kn..ada intercom tu ;) tp Keller tu mmg seram la! Klu izu konfem tk turun huhu..hihi apapun comel apartment tu yg ptg ada tpt bteduh dan selesa ;)

    ReplyDelete
  11. teringat kenangan kt sana.. sebijik sama..cume ritu mcm x smpt cite kt blog..haha.. best!!! =)

    ReplyDelete