Wednesday, March 27, 2013

Wajah Delisa Sebenar..

assalamualaikum...

masih ingatkah kawan2 dengan cerita Indonesia, Hafalan Shalat Delisa?
saya pernah tuliskan entri berkenaan cerita itu di SINI...

so, kali ni saya nak sharekan wajah Delisa sebenar, yang saya baca dan lihat dari FB seorang kawan Indonesia di sini, Lisa yang berasal dari Acheh..tq Lisa sbb share :)
inilah dia Delisa yang sekarang sudah berusia 16 tahun..
subhanallah, beliau sangat tabah kan..


 

Dialah DELISA, Korban Tsunami. Meski Salah Satu Kakinya Telah Diamputasi, Dia Tetap Tegar Berdiri Ditengah Panggung Peringatan 8 Tahun Tsunami Yang Dipusatkan Di Museum Tsunami Banda Aceh Siang Tadi.

Kelak, DELISA Bercita-Cita Ingin Menjadi Pemain Musik Dan Pengarang Buku. Ia Juga Berkeinginan Membuat Komunitas Untuk Anak-Anak Cacat, Sebuah Keinginan Yang Sangat Mulia Tentunya. Tetap Semangat Dek DELISA, Do'a Kami Selalu Menyertai Mu Dalam Menggapai Cita-Cita Mulia, Amiin..!!

Nama Lengkapnya Adalah DELISA FITRI RAHMADANI, Ia Biasa Dipanggil DELISA. Gadis Tersebut Lahir Di Ulee Lheu Banda Aceh 15 Desember 1997 Silam. Saat Kejadian Itu, Ia Masih Berusia 8 Tahun 15 Hari. Waktu Itu Ia Masih Duduk Di Kelas Dua MIN Ulee Lheu Banda Aceh. Ia Tidak Hanya Kehilangan Kaki Kirinya, Namun Ibunya, Salamah Dan Ketiga Saudara Kandungnya Juga Ikut Ditelan Gelombang Maha Dahsyat Tersebut.

Kini DELISA Menjalani Hari-Harinya Dengan Bantuan Tongkat Dan Kaki Palsunya. Ia Tinggal Bersama Ayahnya Bakhtiar Dan Seorang Abangnya Yang Selamat. Ia Kini Duduk Di Kleas Satu SMK 5 Telkom Banda Aceh. Sejak Masih SMP, Ia Pernah Menjadi Juara Umum Disekolahnya. Tidak Hanya Menonjol Dalam Prestasi Akademik, Gadis Ini Juga Lihai Memainkan Alat Musik Keyboard.
"Saya Berterima Kasih Kepada Allah, Yang Telah Mengambil Salah Satu Kaki Saya, Diluar Sana Masih Banyak Delisa-Delisa Lain Yang Mungkin Lebih Dari Saya" Ujarnya.



Wednesday, March 20, 2013

Best Ever Muffin...

Assalamualaikum...

menu mapin yang boleh dibuat minum petang or sarapan pagi..
ramai rasanya yang dah mencuba resepi ni kan.. mmg bes dan boleh dipelbagaikan..
saya pon dah penah buat tapi macam tak pernah publish je..ntah le heheh..
so kali ni saya gunakan Coklat Toblerone ni, potong dadu dan masukkan..
hasilnya en husbenku sukeeee (peminat coklat tegar hehe)...


time kasih pada Kak Diana dan Kak Hana, izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

BEST EVER MUFFIN
- resepi asal Kak Diana (tak boleh bukak sbb invited readers only), di share oleh Kak Hana @ Hanamemories



Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
* 1 cawan coklat toblerone didadu

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang di tengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut. * Saya masukkan secawan coklat Toblerone cincang
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.


Monday, March 18, 2013

Salji di Musim Bunga..

assalamualaikum...

alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke 3 kami di bumi deutschland ini..
sebenarnya, ketiga tiga tahun ini, pengalamannya berbeza2 juga bagi setiap musim..
sepanjang 3 thn ni, tahun inilah merupakan tahun paling panjang musim sejuknya dan saljinya..

tahun pertama kami, salji turun awal juga, penghujung November tapi berakhir agak awal juga..
tahun kedua, salji turun ibarat 'hidup segan mati tak mahu'..hehehe..macam menunggu bulan jatuh ke riba layaknya kami di duisburg ni..sob sob sob
dan tahun ini, haaaa kau, komplen lagi last year takde salji, tahun ini salji turun start Disember sampailah mid Mac masih harituh turun tiba2...tapi takde la setiap hari turun, kadang2 je...hehehe

supposely bulan Mac ni, plum blossom (yang seakan2 cherry blossom/sakura) tu dah keluar..tapi mungkin disebabkan cuaca berubah ni, baru berputik huhuhu
kesian kan munga ni baru nak kembang dah ditimpa seleji..nasib baik esoknya seleji dah cair..hehe


bunga ni kembang masa cuaca sedikit panas 2 minggu lepas. tak tahu nama apa, tumbuh melata di laman orang. curik2 snap gamba hihihi...skarang dah kuncup dan masa dihempap seleji arituh, terus innalillah...hehehe...
 



Thursday, March 14, 2013

Longchamp Handbag - Tumpang Bagasi Emak Saya..

assalamualaikum..

entri terakhir untuk sesi peromot menumpang bagasi emak saya..hihihi..

seperti yang saya war warkan dalam fb page JOM SHOPPING MALAYSIA, kebanyakan barang berstatus Pre Order akan tutup pada 23 Mac 2013 ini..
cuma ada 2,3 barang yang still boleh order sampai 6 April, itupon sebab barang tu mmg saya dah beli siap2 macam Kuali Tefal, Periuk Tefal dan Kuali Seramik..
selepas ni, kemungkinan besar harga2 ni terpaksa naik sbb plus shipping cost ke Msia, dan shipping memakan masa atleast 2 bulan huhu..
so sesapa yang sedang usha2 barang2 dari Germany, boleh grab harga istimewa kami sekarang, penjimatan tanpa shipping cost dan boleh dapat barang after 8 April insyaAllah...:)

kenal logo ini kengkawan?

LONGCHAMP yang gelemer dengan produk2 handbagnya..hehehe
Sebenarnya Longchamp ni diasaskan oleh Jean Cassegrain pada 1948, berasal dari Paris. Perkataan 'Longchamp' (dalam bahasa France) bermaksud horse race track (trek lumba kuda).

Ini produknya yang paling gelemer, Le Pliage. Ada short handle dan long handle (shopper). Ada macam2 kaler yang cantik2 jugak...hehehe

 

 Selain tu, ada juga LM Metal, cuma kalernya limited dengan Hitam dan Biru
 


dan Planetes Shopper, dan kaler pon limited kepada Hitam dan Merah..huhu


so pada kengkawan yang berminat, jgn risau, handbag ni gerenti 100% original sebab saya akan beli di butiknya, di Düsseldorf..


dan oh ya, saya terima bayaran secara ansuran tau. soooooo apa tunggu lagi, boleh like page JOM SHOPPING MALAYSIA untuk lebih pilihan atau email saya di jomshoppingmalaysia@gmail.com

Monday, March 11, 2013

Rancangan TV Berinformasi..

assalamualaikum..

kali ni saya nak share satu rancangan TV kanak2 yang berinformasi di Germany ni.
sebenarnya chanel KiKa ni untuk budak2, kalau pagi2 mmg kartun je la tapi bila dah siang sket, adalah yang berinformasi sesuai untuk tambahkan info..

yang kali ni tentang macamana pokok tumbuh, dia pakai 2 cara..
satu dia tanam dalam pasu yang bertanah...
 

 dan satu lagi dia tanam dalam vas yang berspan..kreatif kan?
  
  
  
  
  
  

so dari cara pertama, budak ni tak nampak camana biji benih tu boleh tumbuh, tapi dengan cara kedua, nampak jelas kan proses dia. dari biji benih sampailah keluar daun..:)
jangankan budak, saya pon cengang hahaha...:P

btw sistem pendidikan di Germany ni, mmg dari Kindergarten (tadika) dah ada buat eksperimen..
dulu Izzah penah buat eksperimen menggunakan kobis merah tu, campur air dan tengok hasilnya..
dan di sekolah rendah pulak, kadang2 cikgu dia ajak budak2 buat cookies dan lain2 projek yang mmg seronok..
contohnya time St Martin, mereka akan buat tanglung, atau before Osterferien (cuti Easter) mereka akan buat cookies dan boleh bawak balik. so Izzah dengan bangganya akan tunjuk cookies yang dia buat dan deco..hehehe...
  
so sampai sini dulu, wassalam

Friday, March 8, 2013

Pajeri Terung..


assalamualaikum...

tepek gamba je dah la ek..
resepi asal Pajeri Nenas oleh Ros Jintanmanis, time kasih Ros, halalkan aku tepek resepimu ini di sini..muah2

PAJERI NENAS
- by Ros Jintanmanis



Bahan-bahannya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Caranya

1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2.  Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Wednesday, March 6, 2013

Restoren Banana Leaf - Restoren Malaysia..

assalamualaikum...

Kostenlos werbung khas buat kengkawan Msia dan Indonesia di Germany..

baru2 ni seorang adik undergrad, Zikri mewar warkan ada sebuah restoren Msia yang baru bukak di Essen, NRW..
jadi last week kami pon dengan semangatnya menerjah hehe...
jeng jeng jeng, ini dia Restoren Banana Leaf

lokasinya berhampiran shopping complex Limbecker Platz, Essen, boleh berjalan kaki je dr situ..
beralamat di Schwarze Horn 6, Essen dan fb pagenya boleh klik SINI


restoren ni Chef merangkap owner nya berbangsa Cina Msia, isterinya seorang Vietnam (tak salah saya)..
20 tahun di Germany, dan sebelum ini menetap di Hannover..
sangat ramah, berbahasa Melayu dengan fasih, siap keluar berborak2 dengan kami..sempoi je..hehehe...
dekorasi dalaman, bersih dan tenang je..
sambil makan, sambil layan lagu Allycats yang berkumandang, mmg nostalgia habis hihihi...



ini menunya, siap ada Itik Panggang, Roti Canai dan Sate tau..
kami order Roti Canai..

Ayam Golek yang rasa macam Ayam Goreng..

dan Curry Laksa yang rupa2 tiada laksa, hanya kepingan ayam dan sayur2..hahaha :P

mmmm untuk ketiga2 menu kami, mmg bes dan kena la di tekak kami sefamili..
dan oh ya, menurut Chef ni, dia ambik daging, ayam dan itik dari sumber Halal (kedai Turki)..
okeh so next time, Itik Panggang plak ek en husben...hihihihi :P

on the way balik, terserempak dengan sekumpulan remaja yang tengah Breakdance..

apapon breakdance german takleh lawan breakdance Azroy Gila Gila Remaja...hihihihi


Sunday, March 3, 2013

Istanbul - Eyüb Mosque yang Penuh Syahdu..

assalamualaikum..

kembali ke entri Istanbul, kali ni saya nak share pasal Masjid Eyüb..
Masjid yang dibina di maqam salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abu Ayyub Al Ansari..

Siapakah Abu Ayyub ini?
Nama sebenar beliau ialah Khalid ibn Zayd ibn Kulayb
Beliau merupakan salah seorang kaum Ansar di Madinah, yang mana rumahnya telah dipilih oleh unta Rasullah dan Rasulullah menumpang di rumahnya selama 7 bulan selepas peristiwa Hijrah.


Merupakan seorang Muslim yang tidak pernah miss menyertai peperangan semasa zaman Rasulullah sehinggalah ke zaman Muawiyyah, kecualilah clash antara satu perang dengan perang yang lain. Hebat bukan?

Beliau sudah lanjut usianya (dikhabarkan 80 tahun usianya, ada yang berkata 98 tahun) semasa menyertai peperangan tentera Islam membebaskan Costantinople. Semasa beliau jatuh sakit, Yazid anak Muawiyyah yang mengetuai peperangan itu bertanya sekiranya beliau perlukan apa-apa. dan beliau menjawab: "Sampaikan salamku kepada tentera Islam dan katakan Abu Ayyub menggesa mereka berjuang sejauh mana yang mereka mampu. Bawalah aku bersama dan kebumikanlah aku di bawah dinding Kota Costantinople" (Ada sumber mengatakan, beliau ingin dikebumikan di bawah kota Costantinople kerana ingin mendengar tapak kaki tentera Islam dan siapakah Sultan yang hebat yang berjaya menakluk Costantinople itu, seperti yang telah disebut oleh Rasulullah)

Selepas beliau meninggal dunia, tentera Islam bersungguh2 mara hingga ke Kota Costantinople dan mengebumikan jenazah beliau di situ.

Sehinggalah Costantinople berjaya dibebaskan oleh Sultan Mehmet II (Sultan al Fatih), dan menjumpai maqam Abu Ayyub ini. Dikhabarkan, jenazahnya masih elok semasa dijumpai dan semua tentera Islam mengambil kesempatan mencium kaki Abu Ayyub. Namun, semasa giliran Sultan al Fatih, kaki tersebut tiba2 masuk ke dalam tanah. Berdasarkan sumber, Abu Ayyub merasa malu dan hormat kepada Sultan al Fatih dan baginya, beliau tidak layak dicium kakinya oleh seseorang yang terhormat seperti Sultan al Fatih itu.
Sumber dari SINI, SINI dan SINI


di sinilah maqam beliau, mmg sayu rasa hati semasa kami menziarahi pusaranya

Kemudiannya, sebuah masjid dibina oleh Sultan al Fatih bersebelahan maqam tersebut selepas 5 tahun Istanbul berjaya ditakluki. Dikhabarkan, masjid ini menjadi tempat tradisi bagi setiap Putera Kerajaan Uthmaniyyah menjalankan upacara pertabalan rasmi mereka (girt with the Sword of Osman)

Kawasan luar Masjid Eyüb

Perkarangan Masjid

Dalam Masjid (Bahagian Lelaki). Maaf saya ambik sumber dari Google je sebab fotographer masa tu ketar tangan hehehe...
sumber dari SINI, SINI dan SINI 

Bahagian Muslimat

kucin ada di mana2 di Istanbul ni hehehe...

Kuasa Allah, tak tahu kenapa saya tak terjenguk ke kawasan Muslimin solat. Rasa ralat dan sedih sangat lepas tu huhu..tambah2 bila nampak hasil gamba yang gegar (hehe sori en husben :P)
Mungkin dipengaruhi rasa sejuk sangat cuaca ketika itu (time winter dan kami sampai di situ dah gelap), dan mencabar jugak nak ke Eyüb Mosque ni, disebabkan kena naik bas (bukan kawasan pelancongan so tren takde)..
dan oh ya, kebanyakan Masjid di Istanbul tak ada air panas tau. so berwuduklah kami dalam keadaan udara sekeliling yang sangat sejuk dan menggunakan air sejuk seperti ais itu.

dan selain tiada air panas, kekurangan masjid-masjid di Istanbul ialah bab toilet dan tempat muslimat berwuduk. Kebiasaannya, tempat wuduk di tempat terbuka jadi wanita perlu berwuduk di toilet. dan kebanyakan masjid yang kami pergi, toiletnya tutup time malam (bukan malam sangat pon tapi winter kan kol 4 lebih dah magrib so dah dikira malam). dan toiletnya di luar masjid so lepas ambik wuduk, kita kena pakai balik tudung hehe..

dan rasanya di Eyüb Mosque ni ada bukit, so bolehla sesapa nak menikmati pemandangan. Kami? dah gelap gulita dah masa tu, meraban2 carik bas so dah dapat sampai ke masjid tu pon dah syukur alhamdulillah sesangat...hehehe..