Monday, October 31, 2011

Roti Labu yg Gebu..

pumpkin bread
assalamualaikum...

memang menggebu-gebu roti labu ni..
time kasih ros@JintanManis atas resepimu yg marbeles gitu hehehe..
ni kali ke-2 saya buat..yg kali pes terlebih naik so senyap2 masuk mulut hik hik hik...
adunan ni dapat banyak jugak, dlm 15 ketul kot..
so kalau nak sekali makan, rasanya leh buat half aje..:)
dan saya isi inti nutella..:)

izinkan aku tepek2 resepi kat sini plak ek rosssss....:D
roti labu

GOLDEN PUMPKIN BUN
- sumber Ros@JintanManis

Bahan-bahannya
350gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu ( rebus kemudian lecek barulah ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(untuk topping, sedikit gula pasir)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda.
Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Wednesday, October 26, 2011

German's Clock..


assalamualaikum...

saya nak berkongsi dengan semua bagaimana nak sebut waktu (jam) dalam deutsch..
jam disebut Uhr (sebutan melayu Uwe lebih kurang)..
ini lebih kepada perbualan, maksudnya kalau orang tanya pukul berapa dan kita nak jawap..
berbeza dengan cara kita orang Msia menyebut, kerana contohnya pukul 7.30 kita akan sebut tujuh setengah atau tujuh tiga puluh minit..
tapi deutcher akan sebut....jeng jeng jeng...:P


HALB ACHT!! (half 8)

reason cikgu deutsch saya bagi ialah deutscher nak setkan mind supaya lebih cepat buat sesuatu or unt jadi punctual..
maksudnya kalau sebut half 8, kepala akan set dah nak pukul 8..kalau sebut 7 setengah, derang akan pikir tujuh...tujuh...tujuh....hehehehehe

mereka jugak akan sebut minit dulu, 5 min sebelum, 10 min selepas, suku dari, dll..
jadi mind kita kene tangkap minit dulu, kemudian sebelum/selepas, baru jam..hahaha penin jugak mula2 tp skarang dah agak biasa...hehehehe


cthnya pukul 7.05 - fünf nach sieben (5 min. after 7)





kalau pukul 7.55 - fünf vor acht (5 min. before 8)





kalau 7.25 lagi fenin - fünf vor halb acht (5 min. before half eight)





dan paling tak pueh hati, 7.40 boleh disebut dengan 2 cara..
1) zwanzig vor acht (20 min. before 8) atau
2) zehn nach halb acht (10 min. after half 8)...uwaaaaa





dan kalau dah dekat2 kol 8, contohnya 7.58 - kurz vor acht / gleich acht (shortly before 8)

sebut pasal masa ni, biasanye deutscher ni jenis yg tepat waktu..
kalau buat apa2 aktiviti di sekolah, cthnya start kol 10, memang 9.55 tu dah penuh ngan parent..
tapi manusia biasalah, kengkadang lambat jugak mcm cikgu deutsch saya (hik hik hik), cuma takde la lambat sangat sampai ada istilah JANJI MELAYU..jangan mareeee ye..hihihihih :P

Tuesday, October 25, 2011

Kari Ikan & Terung..

kari ikan
assalamualaikum...

hajat ati nak keluar sekejap jalan2 carik daun, sekali hujan renyai plak melanda..huhuhu...
sejak bermastautin sementara di negara orang ni, forecast weather memang kene tengok..expecially kalau ada plan nak keluar..
sbb kadang2 cuaca tak semestinya panas / hujan sepanjang minggu..
cuma biasanya di duisburg ni, kalau dlm seminggu tuh panas aje direct, siap sedialah mungkin next week nya sejuk or hujan...huhuhu
tapi kalau memang dah nak keluar, redah aje la nak buat camne..sbb badan ni kengkadang takleh dimanja sangat kan hik hik hik...

sejuk2 ni meh layan kari ikan yg dimasak oleh non-pro seperti saya ini..
lepas la mutu piawai di mulut kami ini..hehehe
time kasih pada pencipta resepi, Wana Yusuf @ Potret Kasih..izinkan saya tepek2 di sini buat rujukan di masa depan..:)

KARI IKAN BERSAMA TERUNG
- sumber Wana Yusuf @ Potret Kasih

Bahan-Bahan:
6 ekor ikan kembung ( apa ikan pun boleh )
2 biji terung ( di potong memanjang )
1 labu bawang besar ( ditumbuk/dikisar )
3 ulas bawang merah ( ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang putih ( ditumbuk/dikisar )
1 inci halia ( dikisar )
3 sudu makan serbuk rempah kari ( gaul dengan sedikit air )
1 sudu makan serbuk cili ( optional )
1/2 cawan bawang goreng ( optional )
2 cawan santan pekat atau susu cair
2 keping asam gelugur
air secukupnya
garam secukupnya
daun kari secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

Cara Penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daun kari serta serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga seketika.
3. Masukkan sedikit air, santan atau susu cair, asam gelugur dan ikan. Masak hingga mendidih. Jika dah mendidih kena kacau selalu agar santan tak pecah atau berketul-ketul.
4. Bila Ikan dah masak boleh masukan terung dan bawang goreng yang telah ditumbuk.
5. Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.

Monday, October 24, 2011

Mini Pumpkin Bread..

pumpkin bread
asalamualaikum...

entri ringkas malam malam buta dari Duisburg..hehehe

resepi yg senang dan ringkas..tajuk resepi bread tp takde kene uli2..
dengan kata lain makcik BM saya leh sambung tido time sejuk2 ini...hihihi
saya buat 2 versi; satu ada inti nutella dan jem blueberry dan satu lagi kosong..
alhamdulillah naik gebu gebu...i likeee...:)

time kasih pada pencipta resepi, Umm Mymoonah..
izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..:)

bersi tak kene bedak lagi...hik hik hik :P
pumpkin bread2

MINI PUMPKIN BREAD
- by Umm Mymoonah @Taste of Pearl City

Ingredients: (12 ketul)
Bread flour or plain flour- 300 g
Pumpkin puree- 150 g
Melted butter- 60 g
Eggs- 2
Warm milk- 180 ml
Dried yeast- 2 tsp
Bicarbonate of soda- 1/4 tsp
Orange juice- 2 tbsp *saya tukar jus zitrone
Grated orange zest- 1/2 tsp *saya tukar kulit zitrone
Cinnamon powder- 1/2 tsp *saya skip
Honey- 4 tbsp
Icing sugar- to dust on top

Note:
If you don't want to use honey, replace honey with 100 g of white sugar.

Method:
1) To make Pumpkin puree:
Peel and chop 100 g of pumpkin, pressure cook it for 3 whistles by adding little water. Let it cool down for a while, then puree it in a blender.

2) Start making the bread by sifting the flour in a large bowl. Add yeast to the flour and mix it well. Make a well in the center, add honey, eggs, melted butter, orange juice, orange zest, cinnamon powder and warm milk. Mix it together with a spatula without ant lumps, it should be like a thick cake batter. Cover the bowl with a cling film and keep it in a warm place. Let it rise for 1 to 2 hours or until it looks doubled. Take the bowl and add the bicarbonate of soda and mix well.

3) Grease the bundt pans with butter. Pour the batter till halfway in the pan. Loosely cover the pan and keep it in a warm place for 30 minutes or until it reaches the top of the pan. Meanwhile preheat the oven for 190 degree Celsius. Bake the bread in the preheated oven for 25 to 30 minutes, until a skewer inserted comes out clean. Take it out from the oven and let it sit in the pan for 5 minutes. Then run a skewer around the edges of the pan and flip it upside down to remove it from the pan. Dust the bread with icing sugar and serve.

Friday, October 21, 2011

Bread Puding (2)..

bread pudding
assalamualaikum...

salam petang Jumaat dari Duisburg..kat msia dah malam kan..dah tido agaknye hehehe..

bread puding yg bes kegemaran izzah..:)
teringat dulu makan bread puding, jiha kkpb yg buat..sedaaappp..bila la agaknye nak merasa lagi ek..hihihi
masa tuh tahu makan aje, alhamdulillah skarang dah pandai buat sendirik..:)
thanks a lot pada pencipta resepi dan pengshare resepi, izinkan saya tepek2 di sini plak ek...
unt kuah kastard, saya pakai resepi kak izah daut, dah penah post di SINI..:)

bread pudding2

BREAD PUDING SOS KASTARD
- by F & N@MyR, Maya Zakri@MyR dan Kak Hana@HanaMemories

Bahan-bahan
• 8 keping Roti
• * 500 ml Susu segar
• * 4 sudu besar Gula halus
• * 2 sudu besar Butter- cairkan
• * 2 biji Telur
• * 1 sudu teh Esen vanilla
• * 1 sudu besar Tepung Jagung
• * 1 sudu kecil serbuk cinnamon *saya tak letak
• 2 sudu besar Kismis
• sedikit nenas dlm tin dipotong dadu *saya tambah

Untuk Sos Kastard

• 1 tin susu cair
• 2 s/b tepung kastad
• 2 s/b gula

Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Nota: hasil dr survey2 di MyResepi tuh, resepi kat atas ni boleh jugak dikukus dan dimakan dengan eskerim..:)

Thursday, October 20, 2011

Dah Semakin Sejuk..


assalamualaikum...

hari yg cantik, alhamdulillah..
walaupon cuaca cerah dan langit cantik, tp suhu dah semakin sejuk sekarang..
smalam 5 darjah dan hari ni turun jadi 2 darjah celcius..budak2 pon dah ramai pakai cap a.k.a mutze ke sekolah..

next week izzah dah mula bercuti 2 minggu sempena Herbstferien a.k.a Cuti Autumn..
cuti-cuti ni standard bagi seluruh German, cuma tarikh berbeza-beza mengikut negeri..
di sini cuti sekolah ikut musim, setiap musim dapat cuti dlm 2 minggu..
nanti Winter, cuti 2 minggu masa krismas terus dibawak ke new year, dan masa Spring pon ada peruntukan cutinya..
dan Summer nanti dah bercuti panjang hujung tahun..
mmm sbb tuh budak-budak tak boleh sesuka hati tak datang/ponteng sekolah, sbb kalau Guru Besar report ke Stadt, parent boleh kene denda tau..hehehe
so kalau sakit memang kene ada jumpa doktor huhuhu...

igt lagi masa senior di sini dah nak balik Msia for good, flight hari Sabtu tapi anak-anaknya still kene sekolah sampai hari Jumaat..
biarlah takde beg dan buku, asalkan ada kehadiran (ayat Guru Besar dia yg strict huhu)

bila cuti sekolah, biasanya orang german ni suka urlaub (melancong)..
bukan sbb banyak duit atau tak, tp dr apa yg saya nampak, deutscher ni tak suka stress..
kerja, kerja jugak, tp jalan or spent time ngan famili pon iye..
jadi perkara biasa kalau kita nak berurusan dengan derang, tapi derang takde kat opis dan bercuti sampai 2 minggu...huhuhuh

apapon, minggu depan saya akan bertambah kaki dan tangan melayan karenah 2 orang di umah ni..
sbb bila si kakak ada, si adik kompom takmo tido dan kesudahannya merengek sbb mengantuk dan las las bergaduh..
emaknye ni la yg akan streeessss....uwaaaaaaa

Wednesday, October 19, 2011

Für Mein Liebe Mann..

Anak Itu Anugerah Allah..


assalamualaikum..

semalam kecoh pasal berita baby yg dikelar oleh ibunya yg berusia 16 thn..
tragis bukan?
sesetengah orang sangat susah unt mendapat SEORANG anak, tapi dlm masa yg sama ada insan yang senang2 mengandung dan melahirkan tetapi tidak menghargainya..

jadi kepada ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga sama samalah kita menjaga tepi kain orang lain..supaya orang jaga tepi kain kita..sama sama menegur dan berpesan2 unt kebaikan...:)

kawan di fb share satu nota yg menarik unt kita sama-sama pikirkan..terima kasih anees..:)

A worried woman went to her gynecologist and said:

'Doctor, I have a serious problem and desperately need your help! My baby is not even 1 year old and I'm pregnant again. I don't want kids so close together.'

So the doctor said: 'Ok and what do you want me to do?'

She said: 'I want you to end my pregnancy, and I'm counting on your help with this.'

The doctor thought for a little, and after some silence he said to the lady: 'I think I have a better solution for your problem. It's less dangerous for you too.'

She smiled, thinking that the doctor was going to accept her request.


Then he continued: 'You see, in order for you not to have to take care of 2 babies at the same time, let's kill the one in your arms. This way, you could rest some before the other one is born. If we're going to kill one of them, it doesn't matter which one it is. There would be no risk for your body if you chose the one in your arms.'

The lady was horrified and said: 'No doctor! How terrible! It's a crime to kill a child!'

'I agree', the doctor replied. 'But you seemed to be OK with it, so I thought maybe that was the best solution.'

The doctor smiled, realizing that he had made his point.

He convinced the mom that there is no difference in killing a child that's already been born and one that's still in the womb. The crime is the same!

Tuesday, October 18, 2011

Kek Lapis Cheese Persona..

cheese kek pesona
assalamualaikum...

sila lah semuanya terpesona dengan kek ini...
seiring dengan namanya, memang rasanya SANGAT mempersona tau...
en husben kasik markah rendaaahhh skit aje dari kek devil itu..hehehe
tapi saya melapis takde la cung melecung cm orang lain punye, dan rasanye cm terlembik or kurang melapis..
apapon memang saya rekemen 100 peratus hheeehehehhe :D

tak sia2 saya terliur masa kak izah tayang di umahnye..hik hik hik
saya makan sambil pejam mata sbb nak menikmati kenikmatan cis yg menggebu2 itu..hahaha :P
vielen vielen dank pada pencipta resepi ini, Ryo (cm nama orang jepun plak hehe) dan kakak-kakak blogger yg menggelemer kannye...
izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
- sumber Ryo@RyoAzhar, di share bersama oleh Kak Nor Secubit Garam, Kak Mas Duniaku, Zaliedana dan Kak Izah

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
*saya pakai butterkeks
500 ml susu segar,dipanaskan *saya campurkan serbuk cappucino sket

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Nota: saya buat 1/2 adunan unt percubaan, lapis cuma 2 kali dan tak celupkan biskut sebaliknya spray aje..:)

Monday, October 17, 2011

Muffin Epal..

mufin epal
assalamualaikum...

mapin epal a.k.a Apfel untuk mengabiskan epal yg dipetik beberapa minggu lepas kot..
tapi tak abis2 lagi sbb guna unt mapin ni 2 bijik aje..huhuhu
en husben dan 2 budak kecik tuh plak agak selow dengan mapin ini sbb epal yg agak masam itu..
tapi saya tak kira, saya suke jugak muhahaha...

saya guna epal merah, bkn epal hijau..dulu rasanye dah penah buat so kiranya ni siaran ulangan la..hehehe
time kasih pada Dr Inahar..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

MUFFIN EPAL
- sumber Dr Inahar

BAHAN2:
1 1/4 cwn tepung serbaguna
1 cwn gula halus
4 biji epal hijau (buang kulit,3 biji diparut, 1 biji di dadu kecil) *saya pakai 2 biji saiz besar epal merah, potong dadu)
11/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cinnamon powder *saya tak bubuh
secubit garam
1 biji lemon- diparut kulit dan ambil jusnya
esen vanilla
1/2 cwn corn/vege. oil
1 biji telur- size L
almond nibs secukupnya

CARA2:
1) ayak tepung,baking powder,cinnamon powder.
2) pukul telur,minyak,gula,jus lemon & parutan kulitnya,vanilla sampai sebati then taruh bahan2 kering. lastly, masukkan parutan/potongan epal dan kacau rata.
3) letak dalam acuan muffin dan di tabur dengan almond nibs di atasnya kemudian bakar dlm preheated oven pd suhu 180 c selama 20-25 minutes atau sehingga kelihatan golden brown..

Nota Dr Inahar: resepi asal tidak menggunakan epal parut tapi hanya menggunakan 3 biji epal yang dipotong dadu dan kacang pecan utk hiasan. (tapi klu hanya guna epal dadu tanpa epal parut, disarankan kurangkan amaun gula kerana ianya agak manis..penggunaan epal parut tu lebih masam sbb tulah kena guna gula lbh ckit..)

Sunday, October 16, 2011

Me & Deutsch Class..



assalamualaikum...

saya penah cerita yg saya skarang tengah ikut deutsch class sampai November ini di SINI..

mmm sebenarnya, setahu saya, syarat unt apply visa ke german bagi spouse, kene ada MINIMUM Degree dlm any field atau sijil kelayakan bahasa german..
tapi hanya untuk yg nak menetap lebih dr 3 bulan la or dengan kata lain menetap lama di sini..
kalau stakat nak datang melancong tak perlu apply visa..:)

Modul saya ni paling basic, ada 7 bab..
1) Guten Tag. Mein Name ist... - blajar pengenalan diri; nama, asal dll
2) Meine Familie - Pasal keluarga saya; emak, bapak, anak, cucu dll
3) Einkauf - Camne nak beli-beli kat supermarket, harga barang dll
4) Meine Wohnung - pasal rumah saya, perabot dll
5) Mein Tag - blajar pasal hari, kira jam dan minit, jadual seharian dll
6) Freizeit - weather, musim dan hobi
7) Kinder und Schule - pasal anak2 dan sekolah

objektif unt modul ni hanyalah unt bagi kita boleh communicate unt operasi harian, so takde la sentuh sangat pasal grammar dan lain2 yg complicated..
sbb bukan apa, orang german ni kalau yg tua-tua memang tak pandai english dan yg muda-muda or golongan professional, walaupon pandai tp memang seboleh2 nya TAMO cakap english...hehehe

bangunan kelas saya, cantik dek Autumn...



view sekeliling...ada taman di sebelah ni dan kubu ape tah..tp memang sejuk mata memandang hehehe



suasana dlm kelas..bentuk U :D


itu chikgu saya yg baik hati...tengah menunjuk ajar kawan sekelas, Julia dari Australia yg memang tak pandai langsung deutsch dan selalu samakan english dengan deutsch sampai chikgu saya pon fenin hehehehe...


kelas saya 19 org, separuh Muslim dr mcm2 negara, kebanyakannya Turki la..
hampir semua dah pandai deutsch, kecuali saya, Julia ni dan sorang dua lagi huhuhu..
tak aci kan, kelas basic deutsch tp ramai yg dah leh cakap uwaaaa....(hentak kaki bak kata Lady Ayu hik hik hik)
dan ramai jugak yg tak pandai langsung english, so bila kene buat latihan secara berdua, memang cam itik ngan ayam la..hahaha

bes gak bila dapat ke kelas, sbb dapat kawan baru dan suasana belajar yg seronok..
cuma terikat dengan komitmen la, tambah2 saya ada kelas ari sabtu..
dan kesian jugak pada en husben yg kene balik awal 2 kali seminggu, isnin dan rabu..sbb kelas saya start kol 6 ptg so kol 5.30 dia dah kene balik unt jaga anak-anak...huhuhu...:P

Friday, October 14, 2011

Ikan Sweet & Sour..

ikan sweet & sour

assalamualaikum...

salam petang Jumaat yg sejuk dari bumi Duisburg..:)

resepi ikan sweet sour dari dapur Kak Hana yg lama menyepi tuh...
semoga sihat2 aje la hendaknye kakak kita yg sorang tuh kan..hehehe
izinkan saya tepek2 resepi kat sini ye kak..trima kasih daun keladi..heeehehehhe...

IKAN SWEET & SOUR

sumber Kak Hana@HanaMemories

Bahan-bahan
Utk Ikan Goreng
• Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuai dgoreng *saya pakai fillet ikan dipotong sederhana
• *garam
• *serbuk kunyit
• *tepung jagung
• *tepung kentucky - optional
Utk Sos
• 1 biji bawang besar - potong dadu
• 2 ulas bawang putih - cincang
• 1 inci halia - cincang
• 2 sudu makan sos tomato
• 2 sudu makan sos cili *saya tukar sos sweet & sour
• 1 sudu makan sos tiram
• sedikit air
• 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
• sedikit air nenas
• lada benggala merah dan hijau - potong dadu
• garam dan gula

Cara-cara

• Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
• Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
• Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
• Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
• Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
• Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Wednesday, October 12, 2011

Pancake Mayo...

pankek mayo
assalamualaikum...

hujan bumi Duisburg...dari las week kami bersejuk sejukan...hehehe...
cuaca arini 11 darjah, angin tidak lagi sepoi2 dan matahari pon sudah bertukar menjadi gadis ayu, bersembunyi di sebalik awan...
tingkap dah mula berwap, dengan resminya keje saya seharian bertambah lagi..huhuhu

ujan ujan meh kita layan pancake..en husben sila lah jangan bocor rahsie ini pancake kurun ke berapa..
sisa2 pancake pon dah lupus di badan, entri baru mau dipublish...hahhaha

apapon time kasih pada Kak Nor Secubit Garam dan Kak Seri atas pancake yg sedap ini..
izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..hehehe

PANCAKE MAYO

- sumber Kak Nor Secubit Garam, di share oleh Kak Seri Azril

Bahan-bahan :

• 3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
• 1 bj telur (guna saiz A)
• 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu besar gula castor
• 1 cawan susu segar
• secubit garam
• 1 sudu besar jus lemon (kite tak letak)
• 1 1/2 sudu besar mayonis

Cara membuatnya :

• Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
• Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer. Kite guna whisk saje.
• Biarkan selama 10 minit.
• Kemudian bolehlah dioreng dlm frying pan hingga masak.
• Sedia dimakan dengan topping kegemaran masing-masing.

Monday, October 10, 2011

Apam Ladybird yang Comel...

assalamualaikum...

apam yg asal kejadiannya sangat comel, tp bila sampai ke dapur duisburg, kecomelan nye agak berkurang sedikit gara2 ketidak amaturan secara kekal oleh saya...hik hik hik...

mata dan bintik2 badan ladybird a.k.a Marienkäfer yg tidak sama diameternya..
nasib baik masih denga cakap, beratur elok2..hehehe

apam ladybird comel

ampun dan mahap pada asal pencipta resepi yg kretip ini...huhuhuhu
apapon izzah sangat suka apam ni memandangkan Marienkäfer ni haiwan kesayangannye...pantang jumpe mesti terbongkok2 membelek di tepi2 jalan dan di taman2 permainan...hahahaha

walaupon step by step nampak rumit, sebenanye takde la rumit mana..kiranye tak serik la nak buat lagi hik hik hik...
cuma kene spent masa yg lama sket sbb nak melukis tuh memang memakan masa pada yg amatur cm saya, kiranya takleh buat time lapar sbb nanti sempat kelaparan dulu dan tangan pon ketar2 nak melukis...ceeewaahh hehehe :P

time kasih pada semua yg terlibat mencipta, mereka mahupon mengshare resepi ini...izinkan saya tepek2 di sini plak ye...:)
ohye kalau nak tengok step by step camne nak lukis, leh usha2 di SINI okeehh...:D

apam ladybird

APAM LADYBIRD COMEL

Adaptasi dari resepi : Lilydvalley
Sumber : Hana Memories, Nuri,& Ida Marlida
Ditulis & edit semula secara detail : MaDiHaA a.k.a Ratna
Idea Kreatif Lukis Ladybird : Fadilah Mazlan
Dishare bersama Kak Nieza Finland

Bahan-bahan Apam

* 3 biji telur - dari peti sejuk (MaDiHaA guna gred A)
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus – (MaDiHaA guna 170 gm)
* 150 gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* 1 sudu kecil esen vanilla (MaDiHaA tambah)

Lain2 bahan
* Filling blueberry / strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna hitam & merah
* Nozel bulat ~ untuk picit dot dot hitam (nozel yg biasa guna utk menulis semasa deco kek) (kalau takde boleh juga.. cuma perlu pastikan gunting muncung piping beg utk warna hitam dengan lubang yg kecil saja supaya dpt membuat dot dot hitam yg halus terutama utk bahagian mata ladybird)
* Acuan lompang atau acuan yg sesuai untuk menampung paperliner.
* Paperliner atau mangkuk kertas saiz yg sesuai dengan acuan yg anda gunakan.
* Piping beg atau plastik bersih yang sesuai.

Cara-cara Menyediakan


1. Masukkan semua bahan2 apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga adunan menjadi putih & gebu.
2. Ambil 1 ½ sudu besar & masukkan dalam piping beg kecil & ikat kemas. Gunting halus muncungnya apabila nak digunakan.
3. Ambil lagi 3 sudu besar adunan & warnakan dengan pewarna hitam & masukkan dalam pipig beg kecil yang dimasukkan nozel bulat terlebih dulu & kemudian ikat kemas piping beg dengan getah. Gunting muncungnya apabila nak digunakan.
4. Adunan selebihnya diwarnakan dengan pewarna merah hingga mendapat warna merah yang disukai. Masukkan adunan yg diwarnakan ke dalam piping beg besar atau plastik bersih yang sesuai & sedia utk digunakan.
5. Seterusnya.. susunkan acuan kertas/paperliner di dalam acuan yg sesuai. Picitkan sedikit adunan merah ke dalam mangkuk kertas tadi hingga separuh ketinggian acuan kertas tadi.
6. Picitkan filling kesukaan anda secukupnya. (tak perlu byk sebab jika terlalu byk ia berat & akan mendap ke bawah!)
7. Picitkan lagi adunan warna merah sehingga ¾ penuh.
8. Gunakan pula piping beg adunan warna hitam & picit 2 garisan seperti dalam gambar. Satu garisan mesti berada ditengah2 diameter apam & satu lagi garisan buat sedikit ke tepi utk dapatkan bentuk kepala ladybird. Penuhkan bahagian kepala ladybird yg kecil sedikit tu dengan adunan warna hitam.
9. Dot dotkan bahagian badan ladybird di kiri & kanannya dengan beberapa dot dot berwarna hitam yang halus (sebab tu MaDiHaA syorkan menggunakan nozel bulat halus utk piping beg warna hitam ni ~ hasil tunjuk ajar dari sifu Ida Marlida.. hehe..).
10. Gunakan piping beg adunan warna putih tadi & dotkan mata ladybird. Dotkan pula warna hitam ditengah2 dot warna putih tadi untuk mendapatkan mata ladybird yang lebih menyerlah.
11. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kecil (jangan terlampau kecil ye). (tempoh mengukus bergantung saiz apam anda) Pastikan juga balut penutup pengukus dengan kain yang sesuai supaya wap tak jatuh ke atas apam.

Nota dari Hana : jangan gunakan api yang besar kerana ini akan membuatkan apam merekah. TQ Hana untuk petua tu yer..
Nota dari MaDiHaA : jangan gunakan api yang terlalu kecil kerana akan membuatkan apam terbantut & tak mau naik.

Wednesday, October 5, 2011

German's Houses...

assalamualaikum...

umah Deutscher di kawasan pinggir bandar..
biasanya konsep taderk pagar cm umah2 di Putrajaya..
kalau ada pon, stakat unt cantik aje, sbb memang leh langkah dengan kaki bak kate orang hehehehe...



satu yg menarik tentang umah2 ni, tengok la halaman mereka...bersihhh aje...



cuma umah yg tepi jalan besar dan ada pokok besar ni banyak daun gugur sbb skarang dah masuk Autumn...


bumbung condong untuk kasik schnee (salji) gugur ke tanah bila time Winter...
dan bahagian tepi kecik yg berbumbung itu ialah stor or garaj kete..sangat kiut hehe..

Tuesday, October 4, 2011

Spegeti Goreng Kari..

spegeti goreng kari
assalamualaikum...

resepi yg asalnya dari Kak Nor Secubit Garam - Mee Sanggul..
kemudian dishare oleh Kak Izah Muffin Lover - Mee Kuning..
teeeerrrbang ke duisburg, jadi Spegeti...hik hik hik...
jangan marah kakak-kakak semua ye..izinkan saya tepek2 resepi di sini...:)

sedap..cuma izzah mengadu pedas padahal LANGSUNG..diulangi LANGSUNG tak bubuh cili..
cili mesin ke cili api ke, memang tak nampak batang hidung...huhuhu...
melayan karenah budak tak bape nak kecik tuh memang kengkadang memeningkan...hadoi hadoi dan hadoi....huhuhuhuhu

MEE SANGGUL GORENG KARI
- sumber Kak Nor Secubit Garam, dishare dr umah Kak Izah

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin *saya tukar serbuk paprika
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas) *x bubuh
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi *x bubuh jugak
1 bj tomato *x bubuh jugak
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris *xde
limau kasturi/limau nipis *xde

Cara :
1. Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan. (Rebus spegeti mcm biasa dan toskan)
2. Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
3. Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
5. Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
6. Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
7. Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
8. Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
9. Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
10. Kacau dan goreng hingga mee masak.
11. Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
12. Selamat mencuba..

Monday, October 3, 2011

Izzah & Roller blades..

assalamualaikum...

aktiviti hari Ahad kami, memandangkan kedai2 sumer tutup hari tuh so inilah aktiviti kami kalu sangap di umah..huhuhu
roller blades Hot Wheels yg dibeli 2nd hand di Trodelmarkt cuma 10 euro..
skali ngan beg, kasut dan ice skates..
condition sangat tip top memang pueh ati makcik..hehehe
*nasib baik ada Trodelmarkt kalu idak kompom tak mampu makcik..huhuhu


dah 2 minggu berturut2 budak kecik ni main roller blades..
yg lecehnye amek masa berejam nak pasang benda2 protection kt tangan dan lutut dan roller blades tuh..huhuhu


last 2 weeks main di Sportpark Wedau..
tiap kali main mesti ada budak paling kecik, as pelakon xtra nak enterprem..hahha


kakak sibuk blaja, dia sibuk ngan beskal..:P


famili ni meluncur siap bawak stroller baby lagi..hehehe


las week treining sendrik2 di Wedau, tempat kami BBQ las year..
ari tuh ramai giler orang mcm pesta BBQ plak..
sbb cuaca panas so derang memang suka outdoor, sangat beza ngan kita org Msia, time panas la dok kat umah aje..kan kan?? hehehhe...


orang Turki ni lepak2 siap isap sisha lagi..:P


gara2 susah nak jumpe laut, so mandi manda di tepi tasik aje..hik hik hik


berkat tunjuk ajar dari chekgu2 dia di kindergarten dulu, dia dah boleh balance..
tapi jatuh2 jugak..huhuhu


posing acara wajib hehehe...

Sunday, October 2, 2011

Cara Mudah Dapatkan Pahala..

assalamualaikum...

saya kongsi tip2 mudah dapatkan pahala berterusan yg diforward rakan2 dari facebook..:)

1) --> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati . *juga sejadah atau tekung

2) --> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .

3) --> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

4) --> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

5) --> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

Tambahan dari saya:
6) --> Kalau di tempat kerja / tempat belajar anda ada surau, apa kata seminggu / 2 minggu sekali bawak balik telekung kat situ dan tolong basuhkan..