Wednesday, September 28, 2011

Laksa Kuah Putih..

laksa kuah putih
assalamualaikum...

laksa ni asal kejadiannya sebab teringin makan laksa johor..
saya memang suka laksa, tp laksa penang tuh selalu gak makan sbb kawan2 kat sini memang terrer bab laksa asam tuh dan kat Msia dulu pon senang nak dapat kan hehehe..
cuma laksa johor ni payah sket nak dapt merasa, walaupon emak saya orang johor tp dia prefer laksa asam tuh, meibi sbb emak saya memang kureeengg bab bab santan ni dan laksa penang lagi senang nak buat kot..huhuhu..

so saya kat sini memang selalu termimpi2 laksa tau hik hik hik..:P
cuma bab nak buat tuh cam berchenta sket gara2 susah nak jumpe ikan fresh..
so arituh dah mengadu domba ngan sorang aunty Malaysia yg dah berpuluh tahun dok German..dia ckp dia pakai kepingan ikan aje..
dan ada sorang kakak senior di sini, kalau tak silap saya dia campur ngan ikan makarel dlm tin tuh setiap kali dia buat laksa penang..
so baru ni smangat la nak buat, sbb ikan slice yg sejuk beku tuh banyak jual kat pasaraya biasa, then ingatnye nak tambah tuna ajelah..
skali tengok resepi, pakai serbuk kari plak..
huhuhuhu terus kensol sbb serbuk kari (masa tuh)dah abis dlm simpanan uhuk uhuk..
kesimpulannye jadi la laksa kuah putih..
dan laksa nye pakai spegeti...muhahahhaha....

pada penyumbang resepi, kak hana thanks a lot..
izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

LAKSA KUAH PUTIH
- sumber Kak Hana

Bahan-bahan
• 2-3 ekor ikan kembung@selayang - rebus *saya pakai ikan slice aje
• 4 biji bwg merah @ 1/2 biji bwg besar - kisar
• 1 ulas bwg putih - kisar
• 1 sk lada hitam - kisar
• 1 inci halia - kisar
• 1 keping asam gelugur
• santan pekat
• garam
• gula
• @ Jika suka masukkan skali daun kesum@serai ketuk masa rebus.
• Bahan sampingan dan ulama2an
• bawang besar, belacan (potong kecil2), sambal belacan, timun, kcg pjg dll.
* saya tambah 1/2 tuna dlm tin

Cara-cara
• Ambil isi ikan dan blend menggunakan air rebusan ikan tadi. ketepikan.
• Blend tulang2 ikan dan kemudian tapis dan masukkan lam mangkuk isi ikan tadi.
• Masukkan semua bahan ke dalam periuk termasuk santan. Didihkan.
• Perasakan dengan garam dan gula.
• Siap di hidang dengan mee udon@laksa, ulam2 dan sambal belacan.

Monday, September 26, 2011

Petrol dan Diesel...

assalamualaikum...

saya nak share harga petrol dan diesel di sini, duisburg..
gambar2 di bawah ni saya ambil pada hari yg sama, Ahad lepas dan waktu pon lebih kurang..

harga petrol dan diesel di sini berbeza mengikut kompeni minyak tuh..
ni stesen minyak Markant..antara stesen minyak paling murah...hehehehe
euro 1.47 unt petrol seliter..


ni harga di stesen minyak Calpam...
euro 1.48 seliter..


ni harga dari esso..mahal sket sbb gelemer kot huhuhu...
euro 1.50 seliter...


shell pon ada di sini, tp harganya biasanya lebih mahal..dan harga di highway biasanya lebih mahal dr yg dlm bandar...

selain ikut kompeni, harga bergantung pada harga pasaran jugak..kadang2 setiap hari bertukar, kadang2 2,3 hari sekali..dan kadang2 sehari beberapa kali tukar..hehehe
ada time tuh, masa kita lalu waktu pagi harganya lain..bila on the way balik, beberapa jam kemudian harga dah berubah..:P
so bila tengok harga murah tuh memang takleh nak tunggu...rembat aje hik hik hik

nak tau harga minyak murah ke tak, senang aje..stesen minyak Markant tuh beberapa langkah aje dr umah kami, so kalau nampak kete beratur panjang kat jalan tuh (leh nampak dr tingkap umah), pepaham je laaaaaa heheheheheh :D

harga euro 1.48 seliter tuh kira murah la, kengkadang time mahal leh cecah sampai euro 1.60 atau lebih seliter..huhuhuhu

stesen minyak sama aje cm kat Msia..ada kedai, ada pump minyak dan carwash..


en husben tengah penin camne nak isi angin...huhuhu


serbis vakum kete sendiri pada yg rajin..cuma 50 sen aje...:)


oh ye..silalah jangan convert 1 euro = berapa RM kerana biasanya nilai 1 euro = 1 RM..:)

Nota: sekadar berkongsi pengalaman...

Famous Amos Choco Chips Cookies..

famous amous cookies
assalamualaikum...

selamat ber Monday blues semua..:)

salah satu cookies yg saya buat masa Aidilfitri arituh..
dah bermukim dengan aman pon dlm perut hehehe..

sedap..peroi..leh buat lagi tanpa menunggu raya..hehehehehe :D
time kasih pada insan2 pencipta dan peng share resepi, izinkan saya tepek tepek di sini plak ye...:)

FAMOUS AMOS CHOCO CHIPS COOKIES
- resepi asal dari All Recipes.com, diterjemah oleh Syari MyResepi, dan saya copy dari umah Kak Hana..:)

Bahan-bahan
• 1 cawan gula
• 1 cawan padat gula perang
• 1 cawan mentega
• 1 cawan minyak
• 1 telor
• 1 sb susu segar
• 4 cawan tepung gandum
• 1 sk garam
• 1 sk cream of tartar *saya gune emplex
• 1 sk baking soda
• ½ cawan walnut cincang
• 2 cawan semisweet chocolate chips *saya campur ngan coklat rice
• 1 sk vanilla extract

Cara-cara
1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris. *saya alas ngan kertas minyak
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)

Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
* Cookies ini agak peroi, jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
* Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.

Sunday, September 25, 2011

Takziah Buat Ana..

assalamualaikum...

Takziah buat Ana Kaiserslauten, Germany yg baru kehilangan ayah tersayang semalam..
berita tergempar yg diterima waktu kami tengah berkumpul di jamuan raya di Bonn..
pertama kali bagi saya melihat kawan yg menerima berita sebegitu di depan mata saya..
terasa mahu mengalir air mata saya melihat keadaan dia...
mujur ada suami, anak2 dan kami kawan2 seMalaysia yg sama2 berada di sisi beliau..
dengarnya jenazah dah selamat dikebumikan selepas subuh hari ini...
semoga Ana terus tabah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang2 yg beriman...Amin...

sebelum ini kawan se blogger, Kak Nieza Finland pon menerima dugaan berat bila emaknya diserang strok..
saya tak lupa bagaimana kak Nieza menulis, sangat sedih melihat keadaan ibunya yg sudah tidak boleh bercakap dan bangun..
bagaimana sedihnya dia kerana berjumpa semula dengan ibunya dalam keadaan begitu, sedangkan kali terakhir mereka bertemu, ibunya masih sihat seperti biasa...
doa saya semoga ibu kak Nieza kembali pulih dan Kak Nieza sefamili kuat menghadapi dugaan Allah ini..

beginilah suka duka di perantauan...
mungkin ramai yg lihat kami gembira duduk di rantau orang..atau berjalan melihat bumi ciptaan Allah ini...
tapi sebenarnya kami jugak terpaksa bersedia mental dan fizikal sekiranya sesuatu yg tak diingini berlaku..

semoga Allah masih memanjangkan umur kita semua unt kita berjumpa lagi...insyaAlllah

Wednesday, September 21, 2011

Pengalaman Kawan Menyaksikan Qisas di Madinah..

assalamualaikum...

pengalaman kawan adik saya yg sekarang menetap di Madinah..
saya copy paste di sini...semoga kita buka mata pada hukum hudud dan qisas ini..
betapa hukum Allah tidak pernah menyusahkan hamba Nya..
terima kasih banyak2 Ainun..:)


:: SUASANA QISAS YANG SAYA SAKSIKAN ::

13 Jun 2011- Suasana pagi itu amat tenang.Madinah sedang menempuh fasa musim panas sekarang.Saya pula baru sahaja menamatkan pantang bersalin walaupun terasa agak sukar tanpa keluarga di sisi.

Jam 9 pagi,sedang saya mengemas rumah,lincah mengutip kain-kain untuk dibasuh,tiba-tiba suami menjerit,"Ain,pagi ni ada Qisas!" serentak dengan itu saya menjawab, "Nak pergi bang!"kami terus bersiap dengan segera kerana kata suami kalau lambat alamatnya tak dapatlah melihat Qisas secara dekat.Saya jadi kelam-kabut dibuatnya,mana nak kejar cari abaya saya ,mana nak cari baju-baju yang sesuai dipakai Muadz.Fuh,betul-betul kelam-kabut,dalam kepala hanya ada satu perkara..Saya nak tengok Qisas!

Dalam kereta,barulah suami sempat bagitahu,beliau mendapat maklumat bahawa hari ini akan dijalankan Qisas dari facebook abang Khuzaini,salah seorang sahabat yang rapat dengan kami di Madinah ini.Perjalanan diteruskan ke Toriq Abu Dzar,lokasi pelaksanaan Qisas sebentar nanti.Debaran di hati saya masih belum hilang,malah bertambah-tambah.Masakan tidak,selama ini saya hanya mendengar cerita suami tentang Qisas kerana suami saya pernah menyaksikannya pada tahun 2007.Hari ini saya sendiri akan melakar sejarah peribadi,menyaksikan pancung kepala di depan mata!

Dari kejauhan selepas melepasi trafik berhampiran Hassan Mall,kelihatan lalu lintas terlalu sesak,kereta berpusu-pusu ke tempat pelaksanaan Qisas,parking pula sudah tentu telah penuh.Saya melihat jam di tangan,ketika itu jam baru menunjukkan pukul 9.15 pagi,sedangkan Qisas akan dilaksanakan pada jam 10 pagi.'Ya Allah,ramainya manusia.boleh ke saya mencelah dengan bawa Muadz ni?' terus hati ini berkata-kata.Suami mengambil keputusan tepat untuk parking di belakang Hassan Mall,salah sebuah pasar raya di Madinah ini.Selesai parking kereta saya terus berkata pada suami,'Abang lari bang.cepat pergi sana,Ain boleh pergi sendiri.Jangan risaukan Ain.Cepat bang,nanti tak dapat duduk depan!' Suami saya pun terus berlari setelah memberi nasihat dan petunjuk jalan pada saya.

Saya juga terpaksa berlari anak sambil menggendong Muadz.Situasi pada ketika itu sangat sibuk,manusia berlari sana-sini,berkejar-kejaran untuk mengambil tempat,agar tidak ketinggalan menyaksikan pelaksanaan hukum Allah ini.Subhanallah,kehebatan hukum Allah ini menyentap urat nadi saya.Ramai yang menyaksikan Qisas,pastinya hukum yang dilaksanakan itu tidak sia-sia,malah meninggalkan kesan yang mendalam pada orang yang melihatnya.Maha Hebat dan Berkuasanya Allah,pelaksanaan hukuman ini bukanlah untuk menyusahkan hambanya,malah meletakkan manusia itu di dalam posisi yang paling selamat.

Setelah beberapa minit saya mengharungi kepanasan mentari,akhirnya saya tiba di tempat yang paling sesuai untuk saya berteduh bersama anak kecil ini,di hadapan kedai menyewa barang-barang kenduri.Alhamdulillah,syukur walaupun tidak dapat melihat secara dekat,sekurangnya saya dapat menyaksikan suasana sekeliling,memerhatikan gelagat manusia yang berbondong-bondong dan teruja menyaksikan hukum Allah dilasanakan,sungguh itu adalah pengalaman yang paling indah buat diri saya.

Jam 9.50 pagi,suami menelefon saya,bertanyakan di mana saya berada ketika itu.

"Ain kat depan kedai sewa barang-barang kenduri.Abang kat mana?Dapat tak duduk depan?"

"Alhamdulillah abang dapat duduk depan,betul-betul dekat dengan orang yang nak kena pancung tu.tapi tadi tiba-tiba ada ambulans datang,rilek je dia parking betul-betul depan abang.Kena la pindah tempat sikit.Tapi masih boleh lagilah tengok dekat-dekat."

Ya,baru saya teringat.Kata abang,dua-tiga buah ambulans yang datang bukan semata-mata datang untuk mengambil dan membawa hamba Allah yang dipancung itu,tapi nak angkat orang ramai yang pengsan sebab terkejut dan panik melihat orang yang dipancung.MashaAllah,hebatnya hukuman ini.Orang yang menyaksikannya mana mungkin berani untuk melakukan kesalahan sepertimana pesalah tersebut,membunuh orang lain.

Jam 9.55 pagi,debaran di hati makin terasa.Dari kejauhan saya mendengar suara pengumuman tentang pelaksanaan Qisas sebentar nanti.Ayat-ayat Al-Quran tentang ayat Qisas dibaca dan semua hadirin dimaklumkan tentang kesalahan yang dibuat oleh pesalah tersebut iaitu membunuh salah seorang warga Saudi.Saya berdiri dengan khusyuk,cuba menghayati apa yang bakal berlaku.Keadaan senyap sunyi walaupun terlalu ramai manusia yang hadir.Semuanya menanti peristiwa yang akan berlaku sebentar sahaja lagi.

Satu minit..dua minit...

Tiba-tiba kedengaran tempikan "ALLAHU AKBAR!" yang kuat dari para hadirin dan serentak dengan itu semua orang bertepuk tangan.

"Eh,takkan orang kena pancung,boleh bertepuk tangan pulak?"Semakin kaget saya dibuatnya tanpa dapat memahami situasi yang sebenar.Manusia yang ramai tadi beransur-ansur meninggalkan tempat Qisas setelah beberapa minit berlalu.

"Abang,apa dah jadi bang?"Saya menelefon suami,meminta kepastian.

"Ain,keluarga mangsa yang dibunuh tu dah maafkan pesalah.Kiranya orang tu tak jadilah dipancung."

Subhanallah,Alhamdulillah..mashaAllah,hebatnya Allah melembutkan hati keluarga si mati untuk menuturkan kemaafan di saat beberapa detik lagi pedang ala Saladin itu akan memenggal kepala si pesalah tersebut.Patutlah para hadirin bertempik Allahu Akbar dan bertepuk tangan,tanda meraikan kegembiraan atas peristiwa yang berlaku tadi..Subhanallah..

Beberapa minit kemudian,abang tiba di tempat saya dan Muadz menunggu.Abang masih dalam keadaan teruja.
"Subhanallah,sikit lagi orang tu nak kena pancung.Keluarga si mati tu tiba-tiba maafkan kesalahan dia.Ya Allah.."cerita abang penuh takjub.Bermakna ini adalah pengalaman kedua abang menyaksikan Qisas dalam situasi yang berbeza.Kali pertama dulu,abang dapat saksikan 4 orang dipancung kepalanya dan pada kali ini seorang pesalah tidak jadi dipancung atas kemaafan keluarga si mati.

Setelah keadaan semakin reda walaupun lalu-lintas masih sesak,kami menapak meninggalkan tempat tersebut.Hati saya terselit kagum pada kerajaan yang melaksanakan hukum Allah ini.Di sini,rakyat tidak berani untuk membunuh dan melakukan jenayah sesuka hati kerana hukum Allah benar-benar dilaksanakan,walaupun ada juga yang terlibat tetapi jumlahnya terlalu sedikit.Itulah hikmah apabila manusia hidup berpaksikan hukum Allah.

Tuesday, September 20, 2011

Biskut Cinta 3 Warna..

biskut cinta
assalamualaikum...

Syawal dah nak ke penghujung, saya baru hupdet pasal biskut raya..
pejam mata sebelah aje la ye kengkawan....hihihihi

resepi biskut ni saya cilok secara berhemah dr umah kak Izah Daut..
tertarik ngan kaler dan pakai minyak sapi..
nasib baik Asia Markt kedai India kat sini ada jual..kalu idak telan air liur aje la nengok kak izah tayang..hik hik hik...

time kasih ek kak izah, izinkan saya tepek2 kat sini plak ekkk...:)

BISKUT CINTA 3 WARNA
- sumber Kak Izah Muffin Lover

Bahan-bahan
300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
pewarna makanan yang disukai

Caranya:

1) Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim.
2) Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati.
3) Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati.
4) Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup.
5) Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.

Willkommen Herbst...


assalamualaikum...

Autumn yg menjengah, perlahan2 daun dah bertukar warna...
musim yg sangat indah...alhamdulillah diberi kesempatan unt merasa nikmatNya..


Sommer (summer) tahun ni terasa pendek plak, tak rasa panas yg berpanjangan..
sbb sejak 2,3 menjak ni memang dah sejuk balik...huhuhuhu...
arini pon 13 darjah celcius..kengkadang dah jadi naga kalau lelama kat luar umah*kuar asap dr mulut hehehe..
suar 3 suku lea masih lawa lagi, sayang next year dah tak muat nak pakai huhuhu...
ni dah kuarkan balik strumpfhose (legging) budak2 ni dan jaket2 kami anak branak yg terperap beberapa bulan kat bawah katil tuh..hik hik hik...
dan saya dah kembali berstokin seperti orang berpantang, cumanya kain batik dah takleh nak pakai sbb sejukkk gegegege..
kene pakai seluar dan t shirt lengan panjang plak....
gini le gayenya, asik bertukar uniform aje mengikut pertukaran musim...

Monday, September 19, 2011

German's ABC..

assalamualaikum...

meh layan lagu ABC dalam deutsch..



ada fenin?? hehehe...
banyak gak lainnye dr ABC yg kita tahu tuh kan??
sampai skarang agak tak pueh ati camne J jadi yot, V jadi fau, W jadi vi, Y jadi ypsilon...huhuh

so kalau nak eja nama saya bersi deutsch, H.A.J.A.R jadi HA.A.YOT.A.ER...:P
dan sebutan jadi Ziti Hayar...sbb S di sini sebutan dlm bentuk perkataan jadi Z..uwaaaaa kijam kijaaammm!!

Friday, September 16, 2011

Info Menarik Untuk Semua..

assalamualaikum...

hujung2 minggu ni ramai yg sunyi sepi..yelah rasanya di Msia masih mood beraya, so rasanya ramai yg buat dan pegi open house kan..:)

saje nak share artikel menarik di HARIAN METRO, dari kolum Kalam Imam Muda - Hasan..

saya tertarik sbb ada info pasal makan-makan, antaranya:

1) Rasulullah SAW tidak memakan buah bersama susu pada masa sama, kerana boleh menyebabkan gastrik. (Contoh makanan sekarang ialah Koktel)

2) Dalam al-Quran ada terkandung larangan kita mencampur makanan darat dan laut seperti sup atau tom yam campur iaitu daging lembu dicampur bersama udang dan sotong.

3) Rasulullah SAW juga melarang sahabat makan ikan bersama susu kerana ia menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit.

boleh baca artikel penuh di SINI..:)

Thursday, September 15, 2011

Catatan Dari Deutschland - Wajah Baru..


assalamualaikum..

Selamat Hari Malaysia...
dan selamat bercuti pada kengkawan di Msia..:)

entri khas sbg penghargaan pada Lady Ayu yg susah payah mendesignkan header Catatan Dari Deutschland..
vielen dank ayu...cantik sangat i lap it very much hehehe...

so sbb header dah baru, background kene la tukar..cam tak masuk plak kaler hitam itu menawan tuh..hehehe
so terpaksalah saya jadi feminin sket dengan kaler merah ke pink ni...
apa salahnye kan, sesekali gegegeggege...:P

Puding Roti Marble Coklat...

puding marble
assalamualaikum..

mood entri unt masak-masak dah ke laut semua..
ni pon kejadian tah Zaman Kesultanan Melayu Melaka yg mana pon taktau hehehe..:P
cuma seingatnya masa bulan pose, nak berbuka umah kawan arituh..huhuhuhu
bes bes biasalah resepi kak hana yg dah menyelam tak timbul2 tuh..
tapi saya copy dari umah kak izah daut yg baru tukar gamba profile yg cung melecung itu :P
then masa nak paste kat sini baru prasan dah penah copy resepi yg sama (cuma bersi english) dari MamaFami...
punyela tak prasan padahal yg MamaFami ni pon saya dah penah cuba..patutla masa buat tuh rasa cam sama...hik hik hik
apapon time kasih akak-akak semua...halalkan saya nak tepek tepek di sini plak ekk..:)

PUDING ROTI MARBLE COKLAT
- sumber Kak Hana, di kongsi bersama oleh MamaFami dan Kak Izah

Bahan-bahan
4 keping roti *saya buang kerak tepinya kalau ia agak hitam
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara
1) Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2) Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3) Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4) Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
5) Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6) Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Wednesday, September 14, 2011

Izzah & Hausaufgaben..

assalamualaikum...

nak tengok jadual sekolah izzah? jeng jeng jeng...


soooo simple kan..mm tapi ni just unt minggu ke-2 sekolah, sbb jadual yg sebenar tengah dibuat, dan akan efektif start minggu ke-3..
di sekolah izzah, parent boleh pilih samada nak aliran biasa or turki..
aliran ke ek..?? mm tak sure ape nama yg tepat tapi better muslim amik yg turki sbb aliran yg biasa tuh rasanye ada subjek agama (kristian la kot orang german ni, sbb derang tak berapa kuat beragama saya rasa)...
*kat sini most of the muslims adalah Turkish, raaammaaaii sbb memang derang dah berhijrah dr zaman dedolu lagi, dah bercucu cicit pon di sini...hehehe
so sbb tuh jadual dibuat lambat...:)

unt minggu ke-2 ni ada sesetengah hari sampai 11.45 am, dan ada sesetengah sampai kol 12.45 tengahari jee...
kejap giler kan, seronok tul sekolah kat sini..:P

Hausaufgaben (homework) di minggu pes dan seken izzah..
hari2 ada Hausaufgaben dan izzah biasanya akan buat sampaiii la ke petang..
makcik sorang ni jenis teliti..kaler nak ber layer layer...huhu
belom lagi dok berebut ngan lea...aduuuhh fenin den...


Tuesday, September 13, 2011

Kepek Bawang Jengka; Enak dan Rangup..


assalamualaikum...

promosi kejap kepek bawang jengka ni...
kepek bawang paling sedap di tekak saya..hehehe

baru2 ni emak saya terbangkan khas dr jengka...sempena Aidilfitri tp sampai ke sini pon dah seminggu lebih raya...
takpe la unt habuan tekak sendiri kan, tak raya pon saya blasah jugak hehehehe...

parcel sepesel kali ni, selalu tuh berjanggut 2 bln baru nak dapat, kali ni demi anak emak yg kiut miut ini request kepek bawang tu, emak saya pos laju, so seminggu lebih je dah selamat tiba di tangan kami...


dan beberapa jam kemudian separuh dr kepek bawang ni dah selamat tiba di dalam perut saya dan anak2...muhahahaha :P


kali ni emak saya nak tes kot skill jawi saya..huhuhu
alhamdulillah saya dan en husben masih lulus membaca jawi...hik hik hik


antara kueh2 lain yg dihantar, kueh rotan, rempeyek kacang dal, conflakes madu, batang buruk dan lain-lain..kopi genseng pon ada..huhuhuhu

Monday, September 12, 2011

Izzah dah Masuk Grundschule..


assalamualaikum...

dah besar anak sulung saya, dah masuk sekolah dah huhuhu....
kalau di Msia dah nak abis darjah 1 pon kan, tp kat sini start sesi sekolah dlm bulan 8 or 9, lepas cuti summer..
dia plak lahir bln 12, kalau lahir awal tahun, tahun lepas dah kene masuk sekolah..
maknanye awal la plak, 6 thn dah darjah 1...hehehhe

khamis lepas hari pes dia, excited betul dia...
tengok, beg lagi besar ngan orang hehehe...:P


yg kat tgn dia tuh namanye schule tüte, kon isi cokelat dan gula2..kami buat sendrik aje, ok la comel gak kan...hehehe
igtkan isi tüte tuh makan ngan kawan2, rupanya cikgu dia kata bawak balik semula..makan sendiri, saje nak seronok2...*huhuhu agak kompius di situ

persembahan dr kakak2 dan abang2 senior..



berkumpul dari Aula (hall) ke kelas 1c-Raben (burung gagak)
*burung gagak? erkkk tak pemesnyeee uwaaaaa



dlm kelas Raben


bangunan sekolah izzah dr luar...siap ada tempat main lagi..syok giler hehehehe...

Friday, September 9, 2011

Pelajar Tua..


assalamualaikum...

Isnin depan saya kembali bergelar student..student tua hehehe...
kelas deutsch saya akan berjalan sampai hujung November, 3 kali seminggu..
mula2 cuma 2 kali, Isnin dan Rabu dr kol 6 pm - 9.15 pm..dan habis mid December tp skarang ditambah satu slot hari Sabtu (huhuhu tak dapat la ke Trodelmarkt) dr kol 10 am - 1.15 tghari...
so akan habis awal, ujung November insyaAllah...ok la tak yah la mengharungi schnee pegi kelas egeggegegege....
saya just ambik Modul A1.1 aje, memang basic giler..huhuhu
buku kat atas ni buku yg akan digunakan nanti la...)

sebenanyer lepas setahun lebih dok german, basic vocab dan words tau la skit2, cuma saya kurang keyakinan nak communicate ngan orang..
izzah plak walau dah boleh cakap tanpa pikir, tak nak ckp deutch ngan emak dia ni, sbb dia boring asik dia ckp saya tak paham...huhuhu
dan kalau oma opa (nenek atuk) deutscher tegur tengah jalan, dia akan tetiba jadi pemalu dan tanak bercakap...
so nk denga dia ckp deutsch bila dia jumpa kengkawan dia or orang yg dia kenal dan memang pandai deutsch..yg amatur cm saya ni sebelah mata pon dia tak pandang kan...huhuhu pemilih betul :P

unt hidup sehari2 biasanya taderk masalah kalau deutsch so so cm saya ni...hehehe
tp kalau bab sekolah, klinik dan lain2 perkara yg melibatkan bercakap, susah la sikit..huhuhu
lagi2 time nk carik barang kt kedai, ayat pes unt tanye tuh tahu la..tp bila org kedai tuh start tanye detail, mulaaaa la seram sejuk badan...hihihi
dulu pon masa lea jatuh, senior sini masuk sekali dlm bilik rawatan, sbb biasanya doktor dan nurse ni prefer ckp deutsch walaupon sebenanye derang tau english...
kempen cintailah bahasa kita gitu...baguskan...hehehehe

Thursday, September 8, 2011

Rendang Hitam Emak Mertua..

rendang hitam mak mertua
assalamualaikum...

ni entri tertunggak, saya masak before raya arituh..
disebabkan raya kedua en husben dah ke lab, so kami decide unt masak sepesel unt berbuka..
so 2 hari before raya saya masak soto, dan sehari before syawal, saya masak rendang ni..
hidangan wajib kalau raya di umah emak mertua saya, so resepi di bawah ni resepi dialah hehehe...
rasanye lulus di tekak en husben saya, sbb hari tuh memang bertambah la dia makan masa berbuka, mungkin windu pada emaknye sob sob sob...

oh ye sebenanyer nak jatuh dlm kategori rendang pon cam kurang tepat, sbb rasanya lebih pada masak kicap tp up lagi...dulu masa call lupe nak tanyer nama resepi, just mintak senarai bahan dan cara masak ajeee...hihihihihi

RENDANG HITAM EMAK MERTUA
- sumber emak mertua hajar@catatandarideutschland

Bahan-bahan

1 kilo daging lembu
2 biji bawang besar *blend
4 ulas bawang putih *blend
4 inci halia *separuh blend dan separuh potong unt rebus daging
2 sudu besar cili giling *ikut kepedasan tp resepi ni memang tak pedas rasanye
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
gula dan garam secukup rasa
air rebusan daging
kicap pekat *ikut nak hitam dan pekat mana-agak agak aje
sedikit air asam jawa

Cara-cara
1) Daging dipotong kecil-kecil, basuh dan tos. Kemudian rebus dengan halia
2) Toskan daging yg dah direbus tadi. Air rebusan jangan dibuang. Kemudian goreng daging tp jangan sampai garing
3) Tumis bahan blend + cili giling sampai naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Kacau2
4) Masukkan daging tadi. Masukkan juga air rebusan, ikut la nak kuah banyak mana, agak2 je la jangan sampai jadi sup sudah hehehehe...
5) Edjas rasa dengan garam dan gula. Juga air asam jawa. Kalau rasa nak tambah sos tiram dan kicap pekat, silakan...asal sedap dek tekak memasing :)
6) Renehkan sampai kuah pekat dan sebati dengan daging. Siap :D

Wednesday, September 7, 2011

Open House Ost strasse..

assalamualaikum...

hari sabtu lepas turn umah kami (Ost strasse) buat makan-makan..
kali ni saya buat nasi lemak, nasi impit, rendang ayam, daging masak sate, soto, mihun sup, puding tembikai, murtabak, kek spesel request dr adik2 undergrad dan lain-lain..




alhamdulillah kerja masak-masak berjalan lancar sbb essisten chep en husben dah semakin cekap bab-bab memotong dan membasuh...hihihi...

dan adik2 undergrad yg ringan tangan dan tulang tolong basuh membasuh periuk belanga..hihihihi

terima kasih byk2 pada yg sudi datang...yg pes time datang dan yg dah berapa kali pes time jugak...hehehehe :P
mahapla nasik lemak dah abis awal2 takleh nak 2nd and 3rd round...:P
dan sup ayam pon licin akhirnya, tinggal serpihan tulang aje...:D
dan mahap jugak sbb lupa nak warning sambal kicap terober pedas...hihihihi :D

acara wajib posing2 di antara sesi makan-makan...:)




Tuesday, September 6, 2011

Aidilfitri 2011...


assalamualaikum..

masih dlm mode hari raya?
kami mode kejap timbul kejap tenggelam..sbb bila ada open house mode raya datang, then hari2 tiada open house, life back to normal..hehehe...

saje mau share 'meriah' raya di perantauan...meriah ke? sbb ada yg tanya..
nak kata meriah tuh ok lah, sbb tak meriah pon kene la buat kasik meriah kan..bukan ada sapa lagi pon nak tolong memeriahkan suasana...hihihi
raya pertama kami kumpul di bandar jiran, Essen, umah Kak Nadia & Abang Nazri..
alhamdulillah kali ni Essen raya sama ngan Duisburg, sbb las year bandar kami raya sehari awal..
so kali ni dapatlah kami berkumpul raya pertama..:)




show magic dr anak tuan rumah, Nafiz..


antara hidangan konsep potluck..nasik beriyani kalerfull, nasik impit, ayam masak merah, kari daging, lodeh, rendang ayam, popia, kek, kukis raya dan lain2...:)
dari lunch kami makan sampai ke dinner...hehehehe



berarak ke kawasan Uni Duisburg-Essen unt acara posing2..cam wakil meminang plak hehehe...




kaum lelaki...bersedia unt acara lompat-lompat...


3,2,1..........LOMPAT!!!!


kaum pompuan yg kene gamba ayu2...hehehehe


ni la muka2 perantau, dr Essen, Duisburg, Krefeld dan Gelsenkirchen..tak ramai cam las year dan rasanye next year rasanye lagi sikit uwaaa...



*kredit gamba pada 2 jurugambar resmi - en Fadzly dan en Syahmi...dan dr kamera saya sendri hehe :)