Strasbourg ( atau Straßburg dalam bahasa German) merupakan bandar utama daerah Alsace, terletak di bahagian timur Perancis, juga di sempadan Germany. Secara historicnya, orang2 di sini menggunakan bahasa German untuk bertutur. Selain terkenal dr segi perlancongan, ia juga terkenal dari segi ekonomi, sebagai pusat perusahan dan kejuruteraan, termasuk juga perhubungan jalan, landasan (rail) dan sungai.
Straßburg's historic city center, Grande Îlemerupakan salah satu World Heritage Site oleh UNESCO (1988).
atap bangunan yang tinggi, ada 3 tingkat lagi di sebalik atap tu. cool kan? hehehe
Le Petite France, satu neighbourhood bangunan cantik2 yang terletak di dalam kawasan Grande Île
salah satu muzium yang sempat kami masuk...
satu2 nya ahli rombongan yang semangat menjelajah muzium ni, ahli yang lain semua hampeh haaha... :P
malamnya, dapat merasa tido dalam Mobile Home di Camping la Chaumière.. mula2 sejuk giler walaupon ada heater, sampai rasa nak tido dalam kete malam tu hahahah :P
tp staf nya baik, kasik pinjamkan portable heater untuk tambahan untuk rakyat2 Msia yang kesejukan ni, dan akhirnya kami semua tido selesa, alhamdulillah...
3 beradik bergambar kenangan depan sempadan France. hehehe...
dah lama tak meroti..
bermakna dah lama saya membiarkan makcik BM itu bersenang lenang berbalut dirinya menambah lemak (tapi macam lemak saya je yang bertambah selama ni huhuhu)...
tiba2 teringin nak makan roti pepanas...
musim skarang plak asik ujan renyai je (di germany ni susah nak dapat hujan lebat berguruh petir tu semua tau)...
berintikan nutella dan kacang merah, berselera kami makan ptg arituh..
time kasih pada pencipta resepi asal, Puan Roshayati Johari dan Mamafami serta Kak Hana Memories..
izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek...hehehe
ROTI COKLAT BERKISMIS
- resepi asal Puan Roshayati Johari (takde link), Mamafamiserta Kak Hana Memories (edited)
Bahan-bahan
Basic Dough
500g tepung gandum@tepung roti
100g gula
30g susu tepung - abaikan jika menggunakan
susu segar
11g yis mauripan@sebungkus
1sk garam
1sk bread improver - optional
1sk bread softener - optional *saya tak letak
80g butter@marjerin
250ml air@susu segar
1 biji telur - kacau sedikit
Bahan
Tambahan (mengikut citarasa)
setengah cawan kismis hitam atau kuning -
cincang
1 sb serbuk koko
1/2 sk coklat emulco - optional *saya tak letak
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker
mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli
sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih
kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil kemudian susun ke dalam
loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali
ganda lagi.
Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air
biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus
keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan
di atas redai.
Nota : Terpulang kepada anda utk masukkan kismis kemudian atau masukkan
sekali ketika menguli. Hana masukkan awal supaya kismis hancur (saya jugak).Untuk kaedah uli
tangan sila rujuk resepi asal.
assalamualaikum... I Miss You, cerita korea yang syedey sob sob sob...
ekceli saya tak berapa suka citer sedih2 tp tertarik lepas Lady Ayu share OST dia..
lagipon heroin ni heroin kegemaran saya, Yoon Eun Hye ( heroin Coffee Prince) ekekek...
rasanya sumer citer dia saya tgk termasuk lah Goong (walau lembab giler ku gagahkan jua hehehe)...
dan heronya, Micky Yoochun, hero yang boleh tahan jugak lakonan dia dlm Rooftop Prince..
wah, mmg mantap citer ni, Eun Hye mmg tak dinafikan dah kehebatan dia, plus Micky Yoochun mmg power abis..
dan pelakon kanak2 dia pon mmg power jugak, Kim So Hyun (jadi kakak yg jahat dlm Rooftop Prince, watak budak) dan Yeo Jin Goo..
cuma pada saya, kalau plot citer ni lebih fokus kepada kesedihan ibu heroin yang kehilangan anak, mesti lagi sedih.. (ye lah bab ibu ibu ni biasanya mmg touching kan huhuhu)
cerita ni mengisahkan Soo Yeon, berumur 15 thn yang hilang (disahkan mati dibunuh oleh polis) semasa di kidnap bersama kawan baiknya Jung Woo (yang terselamat). Jung Woo yang percaya Soo Yeon masih hidup, tinggal bersama emak Soo Yeon selepas kejadian tersebut dan membesar menjadi Detektif untuk mencari first lovenya.
Selepas 14 tahun, mereka berjumpa semula, Soo Yeon telah bertukar menjadi Zoe Lou, seorang pereka fesyen terkenal. Beliau tinggal bersama Harry Borrison, yang menyelamatkan beliau dahulu (sebenarnya Harry ni jahat dan pakcik kepada Jung Woo).
Zoe ni tak mengaku dia Soo Yeon, di antara sebabnya, pengalaman zaman remaja dia yang penuh cerita sedih dan dia berdendam pada Jung Woo yang larikan diri sorang2 masa derang diculik dulu.
boleh baca sinopsis dengan lebih lanjut di SINI...
Banyak adegan2 sedih, terutamanya bila beliau berdepan dengan ibunya sendiri, berdepan dengan penculik yang pernah merogol beliau, dan di tengah2 antara cinta (Jung Woo) dan budi (Harry).
Tapi jgn risau, mestilah eppi ending hehehe...
ibu Soo Yeon, pandai ahjumma ni belakon...sedih wooo...huhuhu
tulisan I Miss You yang Soo Yeon tulis di hadapan rumah dia, sebelum dia diculik. lepas dia hilang, Jung Woo kekalkan tulisan tu..huhuhu
payung kuning yang masih kekal disimpan 14 tahun lamanya..huhuhu
apapon mmg thums up pada Eun Hye dan Micky Yoochun, sapa yang tak tgk lagi, boleh la start tengok ek...hehehe...
meh layan OST yang paling syedey di abad ini.. Look At You by Jung Dong Ha
Tears Are Falling by WAX
oh ya, biasanya saya layan KDrama ni di Dramacrazy, Dramafans or EPDrama. kat germany ni internet mmg laju giler so biasanya saya mmg stream online je...hehehe
nak share satu kisah yang menarik, tq Ida sbb berkongsi di FB beliau, saya C&P sebijik2 :)
Kisah Peperangan Yarmouk menjadi wacana minda di pagi hari;
melalui perang ini, tentera Rom dikalahkan dengan teruk... Melalui kehebatan Abu 'Ubaidah Al Jarrah r.a, Baitul Muqaddis dapat ditawan..
sifat toleransi yang tinggi menyebabkan Abu 'Ubaidah r.a menerima
syarat drpd paderi yang ingin menyerahkan sendiri kunci kota kepada
khalifah Islam pada waktu itu..ketika itu, zaman pemerintahan Umar Al
Khattab r.a Saidina Umar
bertolak ke Baitul Muqaddis dengan seorang khadam serta seekor kuda
tunggangan...bukan ditemani oleh rombongan pembesar islam.. Sepanjang perjalanan, Saidina Umar dan khadamnya bersilih ganti menunggang kuda Hinggalah tiba di Baitul Muqaddis, khadam sedang menunggang... tp Saidina Umar sedang berjalan sambil memimpin kuda..
Paderi tersebut menunggu dengan pakaian terbaiknya..ingin melihat
bagaimanakah peribadi khalifah hebat yang akan memiliki kunci kota
suci... Alangkah terkejut apabila yang dilihat adalah seorang lelaki yang sangat berbeza daripada apa yang digambarkan...
Paderi berkata:" Benarlah, ini sememangnya akan terjadi. Orang yang
akan menguasai Baitul Muqaddis ini memiliki 3 tanda yang dijelaskan
dalam kitab Injil" 1- orang itu berjalan, manakala khadamnya menaiki kuda 2-kedua-dua kakinya penuh diselaputi tanah 3-bajunya yang penuh dengan jahitan tampalan....
Sememangnya Saidina Umar memiliki keperibadian unggul; bukan sahaja kota suci berjaya ditaklukinya.. bahkan beribu hati serta jiwa sang Nasrani berjaya dilembutkan olehnya
Ibrah di pagi hari...betapa hebat akhlak seorang pemimpin... Perkara yang baik harus diteladani.. kepada sang pemimpin..sesungguhnya ikutlah resmi padi... sampai bilakah agaknya mahu mendongak langit???
nak share satu video pendek dari UAI ni, adakah kita akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita pilih..
so, berhati2 lah dalam memangkah ye kengkawan..
semoga Msia menjadi sebuah negara yang jauh lebih Islamik dan jauh lebih maju selepas ini, insyaAllah :)